AmanzBiz: Portal media baharu untuk komuniti bisnes dan keusahawanan

  • Post comments:0 Comments

Sebagai pengamal perhubungan awam di Malaysia, Hashim Communications menyambut baik pelancaran portal media bisnes dan keusahawanan baharu, AmanzBiz, oleh Amanz Media Sdn. Bhd.

Langkah ini bukan sahaja merancakkan lagi landskap media bisnes tanah air, malah ia hadir dengan kredibiliti jenama media tersohor, Amanz.

Umum sudah maklum, selama bertahun-tahun, Amanz telah menjadi sumber utama berita dan ulasan mengenai dunia teknologi, inovasi, sains, dan gajet di Malaysia. Kini, dengan kelahiran AmanzBiz (www.amanzbiz.com), mereka melebarkan sayap ke dunia niaga dan keusahawanan secara khusus.

Dalam tulisan pengenalan AmanzBiz pada 6 Mei lalu, ia menyatakan fokus utama portal ini adalah untuk “…mengetengahkan usahawan dan perniagaan yang berpusat di Malaysia.” Baca artikel di sini.

Hashim Communications anggap perkembangan ini menandakan komitmen yang lebih mendalam untuk menyokong ekosistem perniagaan dan keusahawanan di negara kita.

Selamat maju jaya kepada AmanzBiz!

Kepada para pembaca dan audien kami, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terkini dari dunia perniagaan dan keusahawanan Malaysia.

Leave a Reply