Mengapa PR penting untuk startup

  • Post comments:1 Comment

Perhubungan Awam (PR) adalah salah satu tonggak utama dalam strategi komunikasi dan pemasaran yang cemerlang. Amalan PR melibatkan seni dan sains menguruskan komunikasi antara organisasi dan pihak berkepentingannya (stakeholder), dengan misi untuk membina dan mengekalkan imej positif organisasi.

Bagi syarikat startup, PR sangat penting kerana ia boleh bantu mereka mendapat liputan media, menjangkau audien yang luas, dan meningkatkan kredibiliti jenama dalam pasaran yang diceburinya.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa PR penting untuk kejayaan syarikat startup:

Membina kesedaran jenama (brand awareness):

Bagi syarikat permulaan, membina kesedaran jenama adalah penting untuk menarik pelanggan dan pelabur. PR dapat membantu startup meraih liputan media yang menyampaikan mesej mereka kepada orang yang tepat. Kandungan atau mesej diterbitkan oleh media yang ada reputasi boleh melakukan membuahkan hasil tak dijangka bagi meningkatkan kredibilit dan keterlihatan (visibility) startup.

Mewujudkan kredibiliti:

Startup sering berjuang untuk mewujudkan kredibiliti dalam pasaran yang dipelopori pemain yang lebih besar. Jika digunapakai secara betul, PR boleh bantu stratup wujudkan kredibiliti dengan mempamerkan kepakaran, pencapaian, dan nilai unik mereka. Dengan meletakkan diri mereka sebagai pemimpin berfikiran ke hadapan serta pakar dalam bidang mereka, startup dapat yakinkan audien sasaran mereka.

Menarik pelabur:

Pelabur sentiasa mencari startup yang menarik untuk dibiayai. PR boleh membantu startup menarik perhatian pelabur seperti firma venture capital dengan mengetengahkan potensi, visi dan pencapaian mereka. Artikel atau temubual yang mantap dengan pengasas atau CEO boleh menarik perhatian pelabur dan membantu startup mendapatkan pembiayaan.

Pengurusan krisis:

Sesebuah bisnes terdedah kepada risiko dan yand lebih teruk, terdedap kepada krisis. PR boleh membantu startup menguruskan krisis dengan memberikan respons yang jelas dan tepat pada masanya yang menangani kebimbangan pihak berkepentingan. Dengan telus dan proaktif dalam komunikasi mereka, startup dapat minimakan kerosakan yang dicetus oleh krisis dan mengekalkan kepercayaan pelanggan dan pelabur mereka.

Menarik calon tenaga kerja:

Melalui amalan PR yang bagus, ia mampu menarik bakat-bakat berpotensi untuk datang bekerja dengan startup. Bakat-bakat ini mungkin tertarik dengan keunikan startup, penerangan misi dan visi yang jelas dan peluang memperoleh banyak ilmu.

Akhirnya, PR adalah unit penting dalam strategi komunikasi dan pemasaran, dan ia bermanfaat dalam pelbagai segi seperti diterangkan di atas. Melalui pendekatan PR yang betul dan mantap startup mampu bezakan diri mereka daripada persaingan dan tingkatkan peluang mereka untuk berkembang dan berjaya.

This Post Has One Comment

Leave a Reply