Apa peranan PR?

  • Post comments:1 Comment

Saya tertarik dengan terbitan terbaharu ruangan Merrepak tulisan Johardy Ibrahim, pengarang Dagangnews.comMemahami peranan pegawai perhubungan awam.

Saya dapati, walaupun industri perhubungan awam di Malaysia sudah berkembang luas, masih ramai lagi pihak umum yang tersasar pemahaman mereka tentang kerjaya dan peranan pengamal PR.

Ada yang menyangka peranan PR hanyalah mendapatkan cerita-cerita bisnes mereka tersiar di media-media.

Bagi saya, pengamal PR mempunyai pelbagai peranan, bergantung kepada tempat dia bekerja. Contohnya tugasan seorang pegawai PR dalaman di sesebuah organisasi perniagaan adalah tidak semuanya sama dengan tugasan pegawai PR di agensi juru runding yang selalunya bertanggungjawab terhadap tugasan untuk lebih dari satu klien mereka.

Ulasan oleh Merrepak tentang peranan PR saya sambut baik. Saya setuju dengan penulis yang mengatakan “PRO yang bagus adalah seseorang yang memiliki pengetahuan mengenai masa hadapan.” Ini sesuai diamalkan dalam keadaan putaran cara hidup yang pantas yang kebanyakan kita sedang lalui.

Penulis ada menyebut di perenggan terakhir ruangan itu dan saya petik:

“Saya beritahu juga pelajar-pelajar UPNM saya ketika itu, bila kita berbuat baik dengan orang, Insyallah mereka akan membalas kebaikan anda. Mungkin tidak sekarang, tetapi di masa depan. Percayalah. Saya bercakap dari pengalaman. Tidak rugi sesen pun berbaik dengan PRO.”

Bagi saya, samada yang saya dapat respon positif atau negatif daripada media ketika cuba sampaikan info tentang klien saya, itu semuanya saya jadikan pengajaran.

Merenung kata-kata penulis itu, saya pun kena sering ingatkan diri sendiri sebagai seorang pengamal PR yang bertugas menyampaikan info klien-klien saya kepada media. Saya ingatkan diri saya supaya bersikap professional bila berhubung dengan media.

Salah satu caranya untuk bersikap professional ialah kena tanamkan rasa hormat kepada warga media. Sedar bahawa mereka punyai “deadline”untuk dipatuhi.

Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam bidang PR lebih 20 tahun (termasuk 14 tahun di Amerika Syarikat), memang banyak sudah saya lalui berkenaan perhubungan media ini.

Apapun, saya teruja bila saja kelihatan ada perbincangan atau ulasan tentang PR di platform awam termasuklah hasil nukilan oleh pengamal-pengamal media.

Tulisan saurdara Johardy itu mampu menyumbang ke arah memupuk kesedaran tentang PR. Penghargaan kepada beliau!

Saya cadangkan anda ambil sedikit masa membaca artikel Merrepak tersebut di pautan ini.

Akhirnya, tak lama dulu ada saya kongsikan pengalaman kerja saya dengan Bernama Radio dan ada boleh tonton temubual tersebut di sini.

###

KitaKata adalah ruangan pendapat saudara Kam Hashim, seorang juru runding bebas perhubungan awam. Beliau yang pernah menghabiskan masa lebih sedekad menuntut ilmu bidang komunikasi di Amerika Syarikat, tidak henti-henti berusaha menambah ilmu untuk menjadi lebih baik lagi. KitaKata disiarkan di lawan web Hashim Communications di www.hashimpr.com.

This Post Has One Comment

Leave a Reply