Sesi perkongsian tentang perhubungan awam dengan Bernama Radio

Baru-baru ini saya mendapat jemputan daripada Bernama Radio untuk menjadi tetamu dalam rancangan Ideabox. Pagi ini telah berlangsung sesi temubual Ideabox tersebut di mana ia diterajui oleh Natasha Aimee dan Shuhadah Armawan, dan, diterbitkan oleh Sya Bakhtiar Azam.

Diharapkan dari temubual ini pendengar mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang kerjaya dalam bidang perhubungan awam melalui pengalaman yang saya kongsikan.

Temubual itu juga disiarkan secara langsung melalui Facebook Live. Jadi di sini saya sempat untuk kongsikan video klip tersebut untuk tontontan saudara-saudari.

Bermula 1 Oktober 2019 Bernama Radio dikenali sebagai stesen berita bisnes dengan mengenengahkah hal-hal PKS. Ini, pada pendapat saya, ialah suatu perkembangan amat baik dalam ekosistem PKS di negara kita dan juga dalam bidang media. Syabas pasukan Bernama Radio!

Laman Facebook:  hwww.facebook.com/bernamaradio

Laman web Bernama Radio www.bernamaradio.com.my

Oleh: Kam Hashim

Leave a Reply

Close Menu